Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa


Cepatnya masa berlalu, Ramadhan yang mulia bakal menjelma lagi tahun ini. Dan tak lama selepas tu, kita akan rayakan Aidilfitri.

Ramadhan tahun ini agak lain sikit... rancangan utk tidak lagi bersahur / berbuka sorang2 tidak kesampaian huhu... Sesungguhnya kita sentiasa diuji dan diduga Allah swt.

gambar hiasan - dipetik dari pelbagai sumber

Sudahkah anda bersedia utk menyambut Bulan Ramadhan yg penuh dgn ujian kesabaran? Maklumlah pelbagai juadah dijual di pasar ramadhan, promosi2 hebat pasaraya serta tarikan bufet ramadhan restoran2 membuat air liur kita meleleh sampai ke lantai hehe... tapi berjimatlah dlm menyediakan juadah berbuka dan jgn dibawa kpd pembaziran. Selain dari menahan nafsu makan minum, pertuturan dan perbuatan kita juga kenalah jaga sama supaya pahala puasa kita tidak disia-siakan. Bukan nak mengajar tapi sekadar utk peringatan bersama ok... kadang2 kita mudah lupa heheh.

sahurku...

Di sini saya ingin mengucapkan kpd seluruh umat Islam:
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Semoga ibadah kita diterima Allah swt... Insya'Allah.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira...


Lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina merupakan lagu raya kegemaran aku dari dulu. Begitu juga beberapa lagu klasik yg lain: Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Balik Kampung (Allahyarham Sudirman), Satu Hati Di Hari Raya (M. Nasir), Kupohon Restu Ayah Bonda (Mamat Exist), Aidilfitri (Sanisah Huri)... memang terasa suasana hari raya dgn adanya lagu2 raya ni.



Gambar dipetik dari Flickr didaijau

Sesudah sebulan berpuasa, kini Syawal bakal menjelma dan kita akan rayakan Aidilfitri esok hari, insya'Allah. Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimah yg menyambut Hari Raya Aidilfitri. Andai ada yg tersilap kata, tersalah tulisan, atau perbuatan yg menyinggung perasaan, Kupohon Maaf dari korang.

Oh, tak lupa juga kawan2 non Muslim, Selamat Bercuti yer.

Bagi yg travel, tak kiralah balik kampung ke, melawat saudara-mara ke, pulang ke tempat kerja ke, berhati-hatilah semasa memandu dan berehatlah di pusat R&R utk menyegarkan diri. Okeylah tak nak meleter kat sini, lagipun pesanan sebegini kan banyak kat tivi hehe.

Tahun ini seperti biasa aku akan beraya kat Penang dan balik Taiping sebelah petang, tak lah sesak sgt kat highway huhuhu. Cuti raya singkat jer, raya ke lima dah start kerja balik... nak simpan cuti utk Chinese New Year nanti ngeh3... bukan apa, CNY mmg meriah sket bg keluarga aku berbanding Hari Raya Aidilfitri.

OK last sekali enjoylah nikmat Aidilfitri tapi jgn sampai lupa dunia pula... kang sakit perut dek makan kuih raya bebanyak kang, siapa susah? Heheh. Opsss, baru jer meminta maaf aku buat lagi. Harap Maaf...

Salam Aidilfitri dari,
Haris Danial

Mnunggu Kelahiran Cahayamataku Yg Pertama...............

hari ni dh 36mingu isteriku mengandung............doktor bg due date 19.0ct.2011,so lg berapa mingu je lg aku dh nk jd DADDY.........xsbr ra...