Showing posts with label Rant. Show all posts
Showing posts with label Rant. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

LOS and FAUN

Due to my own carelessness, I became a victim of lost & found. So what's the LOS and what's the FAUN?

LOS
Date: 5 Mar 2011, Sat
Item: beg duit with duit
Place: ATM Maybank Kamunting branch, Kamunting

FAUN
Date: 7 Mar 2011, Mon
Item: beg duit without duit
Place: Balai Polis Trafik Daerah Kerian, Bagan Serai

My wallet has traveled about 30km from where it lost. The following map will give you an idea how far it travels:
click to enlarge

I made a police report on Saturday, and go back to Penang on Sunday night. Next noon, received call from sister that there's a note stick on gate saying wallet being found, and asked to collect at "Balai Polis Trafik Daerah Kerian".

Have to take half day leave to go to Traffic division near IPD Kerian to retrieve the cashless wallet. I rushed back to hometown the same day, hope to see the bank's CCTV recording when the event took place; but unfortunately it's bank closing time.

Why Bagan Serai? My assumption is it was where the thief / theives came from (or pass by from northern), visit Kamunting (Lake Garden, Zoo, Tesco, Giant, Taiping Sentral Mall etc), found my wallet, go back to (or pass by) Bagan Serai, took the cash, and throw it there.

Really disappointed with the person that took my wallet when I'm not aware. People are getting greedy nowadays. You can get away with the cash, but you know that the illicit cash will bring you destitution... it's not a curse but BALASAN.

Come to think of it, I'm considered lucky for the FAUN part. I would have running up and down to JPN, JPJ and banks for the lost documents. :)

p.s. Note to self: Be careful next time, don't let loose of my wallet or history will repeat itself.

Tuesday, August 3, 2010

You Think It's Yours?


This morning I parked my car on an empty parking lot in front of a hair saloon, few shop lots away from my office. Nothing seems wrong when you park your car in front of a shop (unless it's a car workshop... hehe), isn't it? But the hair saloon owner says:

"NO PARKING HERE THANKSQ"

So, he thinks the parking lot in front of his hair saloon belongs to him automatically? Come on man, you want the parking lot, come early and park your car there lah.

The notice was stick onto windscreen with adhesive tape. While he could just hold the notice with wipers, he chose to use adhesive tape... what an aggressive way of disapproval. I didn't confront him and ask why he does that. Perhaps he really bought / rented that parking lot from MPPP, but there is no sign that says this parking lot is reserved by him. If he really doesn't want people to park on his parking lot, by all means go ahead and barricade it... who cares.

Ironically I just visited this hair saloon last week... so I guess it's a "no next time" from me after today's incident. He may not know it was my car when he stick the notice, but doing that on other people belonging is definitely not right. Of course lah I won't tell everybody "hey don't go to this hair saloon!" (haha... really ah?) but it definitely won't be in the recommended list. Heh.

If you're curious and would like to know where is this hair saloon located, here is the location map:

Tuesday, July 27, 2010

Syabas...

Lama aku tak kemaskini blog ni hehe. Bukannya apa... cuma... ermmm tapi kan, perlukah aku menerangkan kpd hangpa pasai pa lama aku tak kemaskini? Tak perlu kan? Hehe... jadi aku pun taknak terangkan lah. (malaihhh)

Kelmarin dulu terbelek akhbar tempatan Harian Metro kat tempat awam (maksudnya bukan lah aku yg beli heheh) dan iklan penuh 2 mukasurat memeranjatkan aku - 2 mukasurat penuh dgn iklan2 menyemak keputusan 4D.


Mak aih... mungkin aku tak banyak membaca akhbar Melayu tapi tak sangka sungguh aku iklan sebegini ada di dlm akhbar yg pembacanya kebanyakan orang Melayu... kalau akhbar Bahasa Cina / Inggeris / Tamil biasalah iklan sebegini ada. Kalau iklan judi depa terima, tak hairan lah iklan minuman Root Beer pun depa terima pada masa akan datang... ngeh ngeh ngeh jgn marah gurau jer.

Mungkin ini keprihatinan pihak penerbit akhbar dlm menyahut pesanan pemimpin kita: 

1Malaysia.
Rakyat didahulukan utk menyemak keputusan 4D.

ahaks...... ciao

Friday, August 28, 2009

Vrooooom...

My car has never been this racy before - with its exhaust pipe vrooming out loud.

Okay, now we got the sound... how about the pickup? It was even underpower than before. Its like a Chinese proverb “雷声大雨点小”, which means “loud thunder small raindrops”... -_-“

So I went to a workshop nearby. The mechanic jacked up my car and revealed the truth about that racing sound - a broken exhaust pipe. I thought the exhaust pipe was leaking, but the welding joint of the filter (that was what the mechanic called it) was detached.


The broken exhaust pipe

How was it broken? I don’t know… its been 8 years already I’m using this car, and one by one of its parts is having problem in recent years: alternator (RM340), radiator water tank (RM180), spark plug coil & cable (RM320), and now the exhaust pipe.

Just for my own record, this time the repairing cost is RM150.

Sunday, July 12, 2009

Rokok dan Yasin



Klip iklan anti-rokok dari Jak TV

Merokok membahayakan kesihatan. Satu mesej yg disampaikan Kementerian Kesihatan. Mesejnya ringkas, disertakan fakta2 dan mudah difahami. Tetapi mengapa masih ramai yg merokok? Jangan salah faham dan anggap aku ni aktivis anti-rokok, sebenarnya aku ada ramai kawan2 yg merokok.

Bak kata orang: masing-masing punya hak, aku jarang menasihatkan kawan2 utk berhenti merokok. Lagipun siapa aku ni nak nasihat-nasihat ni kan? Hangpa bukan budak kecik lagi, boleh menilai sendiri mana yg baik mana yg buruk...


"dah sangkut, apa boleh buat?"


Ye lah tu. Aku bukan apa, janji hangpa jgn menghembus asap rokok kat muka aku dah kira OK lah. Aku tak kisah satu meja dgn hangpa masa time sembang-menyembang kat warung (ewah, macam dah byk berkorban...), aku tak kisah duduk satu rumah dgn perokok (housemate aku perokok) tapi yg aku tak tahan, sikap2 sesetengah perokok yg penting diri seperti berikut:

Merokok di dalam lif. Tak kiralah hangpa hisap ke tak (ada yg anggap kalau aku cuma pegang je depa tak kisah kot), bau asapnya tetap susah nak tahan dlm ruang kecil itu. Lagi geram apabila lif dah sampai, bau rokoknya kuat dan perokoknya tidak kelihatan. Grrr...

Membuang abu rokok semasa memandu. Wah bukan main macho lagi sambil memandu kereta / menunggang motosikal sambil hisap rokok. Ada style. Tapi tahukah hangpa disebalik style hangpa ada penunggang motosikal di belakang, yg muka dan bajunya dah terlekat abu rokok hangpa? Bukan saja abu rokok, puting rokok pun hangpa buang kat tengah jalan.

Merokok dlm bilik berhawa dingin. Sering kali aku online kat restoran nasi kandar (ya, aku tak beli Streamyx @ broadbrand lain, mmg kedekut!), kawasan WiFi terletak dlm bilik hawa dingin. Ada pula perokok nak berWiFi sambil merokok, berbau asaplah satu bilik tu. Apa boleh buat, atas meja dlm bilik tu dah siap ada bekas abu rokok, "maksudnya boleh merokok lah, kalau tidak kenapa nak letak bekas?" padahal tanda dilarang merokok pada dinding tidak dipedulikannya.

Membuang kotak rokok kosong merata tempat. Perkara ini taklah sentitif sangat bg aku sebelum ni, tapi semenjak Kerajaan letak gambar barah di kotak rokok, gambar barah menjijikkan yg mampu menghilangkan selera makan sering aku jumpa atas lantai restoran... baru nak order dah tak berselera. Lagi teruk, bakul motorsikal aku pun turut dijadikan bakul sampah: dahlah merokok atas motor aku, habis-habis rokok kotak dibuangnya ke dlm bakul.


Katakan Tak Nak!
Gambar hiasan dipetik dari Kementerian Kesihatan


OK setakat ni aje lah aku mengkondem perokok2 tidak beretika... kalau hangpa kenalan aku tolong jgn kecik ati yer, aku tau hangpa tak pernah buat aku macam yg aku tulis di atas. Renung-renungkanlah keburukan rokok dan kalau boleh, berhentilah... antara alasan2 yg hangpa patut berhenti merokok:

Fatwa menyatakan rokok adalah Haram di dlm Islam. Pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Sedihnya fatwa ini tidak diambil peduli. Sering kali aku melihat umat Islam melangkah keluar dari masjid lepas solat, pintu masjid pun belum sampai bibir dah melekat rokok sebatang. Lagi sedih apabila melihat ada yg sanggup berbuka puasa dgn sebatang rokok di bulan Ramadhan. Yoga boleh diharamkan, kenapa rokok tidak? (kenapa Yoga diungkit yer, aku pun tak tau... bagi contoh jer.)

Kandungan toksik rokok. Fakta yg dah basi dan diketahui orang ramai. Perlukah aku explain kat sini? Oh tidak, hangpa lebih tau dari aku. Barangkali kita dah lali dgn fakta ini, macamlah bahan2 kimia dlm rokok cuma "acah aje".

Mahukah hangpa melihat anak hangpa merokok? Bagaimana kita nak suruh anak2 kita jgn merokok sedangkan kita sendiri yg merokok? Melainkan itu yg kita mahu... "Wah anak aku pandai, kecik2 dah reti merokok. Bangga, bangga."

Membazir duit. Selalu dengar keluhan kawan2 harga rokok naik, terpaksa cari alternatif lain (bukan alternatif berhenti merokok yer kawan2, tapi jenama yg lebih murah seperti Gudang Garam ataupun rokok daun)... tapi tetap merokok juga. Kan baik kalau dapat jimat dgn berhenti merokok, boleh belanja aku makan. Heh!

Banyak lagi alasan utk hangpa berhenti rokok, kalau alasan yg utama di atas tidak dapat memujuk hangpa dari berhenti, tiada apa boleh dilakukan kecuali berhenti atas kerelaan / kesedaran sendiri.

Berikut merupakan senario merokok di Malaysia yg dipetik dari Kementerian Kesihatan:


  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.

  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.

  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).

  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.


  • Apakah fakta2 ini relevan bagi hangpa? Bagi aku semuanya tak relevan kalau kita masih mengabaikan bahayanya rokok terhadap masyarakat.


    Katakan Tak Nak!

    Sekali lagi aku jelaskan: Aku bukan aktivis anti-rokok.


    Tuesday, June 9, 2009

    Nafas Orang Kota


    Gambar dipetik dari Flickr Kenny

    Masihkah anda ingat lagu Ukays ini dari era awal 90'an? Lagu ini merupakan lagu favourite aku di samping lagu-lagu Spring, KRU dan Ella pada masa itu. Entah mengapa, lagu ini sering bermain di fikiran sejak baru2 ni... bagi aku, lagu ini bukan sekadar lagu biasa utk hiburan tapi membawa mesej yg kuat tentang kejahilan manusia di zaman moden ini. Marilah hayati liriknya:

    Ukay's - Nafas Orang Kota

    Di pinggir lorong kota yang gemilang
    Termanggulah seorang oh musafir
    Memerhati nafas-nafas manusia
    Kelesuan kepasrahan kepenatan

    Berbisiklah sang musafir sendirian
    Oh inikah dikatakan kemodenan
    Sedangkan kejahilan masih ada
    Pada diri generasi berilmu bertamadun dan ceria

    Di lorong kota itu ada berbagai cerita
    Tentang masyarakat yang hilang punca
    Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
    Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa oh

    Wacana hidupmu bagaikan nista
    Disebalik cahaya ada gelapnya
    Moraliti keilmuan keimanan
    Hanya bersalut dinama melindungi kesamaran dimata

    Mengapakah kau sanggup
    Mendustai yang anarki
    Pandanglah pada alam
    Yang semakin huru hara
    Dimanakah perananmu
    Untuk pertahankan bangsa agama
    Yang semakin terbiar keranamu

    *Di lorong kota itu masih ada tetamu
    Setiap siang dan malam urusan manusia
    Maharajalela oh serabutnya
    Di lorong kota itu masih ada sendamu
    Sedang bersyair merdu terus menyusuri
    Oh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
    Simpangan kota ini bangkitlah engkau dari mimpi-mimpi

    (chorus)

    Di lorong kota itu ada berbagai cerita
    Tentang masyarakat yang hilang punca
    Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
    Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa oh

    ulang * x2


    Gambar dipetik dari Flickr Rahemiee

    Ya, Ukays dah dapat rasakan kemerosotan moraliti 15 tahun yg lepas. Adakah kita sudah memperbaiki keadaan setelah 15 tahun berlalu? TIDAK. Lagu tetap didengar utk hiburan semata-mata. Moraliti tetap semakin merosot, macam-macam kita boleh baca di surat khabar. Tidakkah anda gerun melihat keadaan sekeliling?

    OK, cukup dgn lirik dan rintihan... ni dia 2 link yg aku jumpa semasa cari lirik lagu ni, yg pertama merupakan laman Blogger dan baru tambah entri Nafas Orang Kota pada bulan Mac lalu; yg kedua merupakan laman IMEEM, teringin nk embed dlm blog ni tapi tak reti lak heheh.

    1. MP3 P4N4S D4N H4NG4T: AMIR UKAYS - Nafas Orang Kota ~versi akustik
    2. Ukay's - Nafas Orang Kota - Free MP3 Stream on IMEEM Music ~versi slow rock (kot)

    Aku pasti ada byk lagi link2 kat luar tapi ini jer yg sempat aku cari.
    Apa-apa pun, layan je lah... dan renung-renungkan.

    -peace-

    Mnunggu Kelahiran Cahayamataku Yg Pertama...............

    hari ni dh 36mingu isteriku mengandung............doktor bg due date 19.0ct.2011,so lg berapa mingu je lg aku dh nk jd DADDY.........xsbr ra...