Sunday, July 12, 2009

Rokok dan Yasin



Klip iklan anti-rokok dari Jak TV

Merokok membahayakan kesihatan. Satu mesej yg disampaikan Kementerian Kesihatan. Mesejnya ringkas, disertakan fakta2 dan mudah difahami. Tetapi mengapa masih ramai yg merokok? Jangan salah faham dan anggap aku ni aktivis anti-rokok, sebenarnya aku ada ramai kawan2 yg merokok.

Bak kata orang: masing-masing punya hak, aku jarang menasihatkan kawan2 utk berhenti merokok. Lagipun siapa aku ni nak nasihat-nasihat ni kan? Hangpa bukan budak kecik lagi, boleh menilai sendiri mana yg baik mana yg buruk...


"dah sangkut, apa boleh buat?"


Ye lah tu. Aku bukan apa, janji hangpa jgn menghembus asap rokok kat muka aku dah kira OK lah. Aku tak kisah satu meja dgn hangpa masa time sembang-menyembang kat warung (ewah, macam dah byk berkorban...), aku tak kisah duduk satu rumah dgn perokok (housemate aku perokok) tapi yg aku tak tahan, sikap2 sesetengah perokok yg penting diri seperti berikut:

Merokok di dalam lif. Tak kiralah hangpa hisap ke tak (ada yg anggap kalau aku cuma pegang je depa tak kisah kot), bau asapnya tetap susah nak tahan dlm ruang kecil itu. Lagi geram apabila lif dah sampai, bau rokoknya kuat dan perokoknya tidak kelihatan. Grrr...

Membuang abu rokok semasa memandu. Wah bukan main macho lagi sambil memandu kereta / menunggang motosikal sambil hisap rokok. Ada style. Tapi tahukah hangpa disebalik style hangpa ada penunggang motosikal di belakang, yg muka dan bajunya dah terlekat abu rokok hangpa? Bukan saja abu rokok, puting rokok pun hangpa buang kat tengah jalan.

Merokok dlm bilik berhawa dingin. Sering kali aku online kat restoran nasi kandar (ya, aku tak beli Streamyx @ broadbrand lain, mmg kedekut!), kawasan WiFi terletak dlm bilik hawa dingin. Ada pula perokok nak berWiFi sambil merokok, berbau asaplah satu bilik tu. Apa boleh buat, atas meja dlm bilik tu dah siap ada bekas abu rokok, "maksudnya boleh merokok lah, kalau tidak kenapa nak letak bekas?" padahal tanda dilarang merokok pada dinding tidak dipedulikannya.

Membuang kotak rokok kosong merata tempat. Perkara ini taklah sentitif sangat bg aku sebelum ni, tapi semenjak Kerajaan letak gambar barah di kotak rokok, gambar barah menjijikkan yg mampu menghilangkan selera makan sering aku jumpa atas lantai restoran... baru nak order dah tak berselera. Lagi teruk, bakul motorsikal aku pun turut dijadikan bakul sampah: dahlah merokok atas motor aku, habis-habis rokok kotak dibuangnya ke dlm bakul.


Katakan Tak Nak!
Gambar hiasan dipetik dari Kementerian Kesihatan


OK setakat ni aje lah aku mengkondem perokok2 tidak beretika... kalau hangpa kenalan aku tolong jgn kecik ati yer, aku tau hangpa tak pernah buat aku macam yg aku tulis di atas. Renung-renungkanlah keburukan rokok dan kalau boleh, berhentilah... antara alasan2 yg hangpa patut berhenti merokok:

Fatwa menyatakan rokok adalah Haram di dlm Islam. Pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Sedihnya fatwa ini tidak diambil peduli. Sering kali aku melihat umat Islam melangkah keluar dari masjid lepas solat, pintu masjid pun belum sampai bibir dah melekat rokok sebatang. Lagi sedih apabila melihat ada yg sanggup berbuka puasa dgn sebatang rokok di bulan Ramadhan. Yoga boleh diharamkan, kenapa rokok tidak? (kenapa Yoga diungkit yer, aku pun tak tau... bagi contoh jer.)

Kandungan toksik rokok. Fakta yg dah basi dan diketahui orang ramai. Perlukah aku explain kat sini? Oh tidak, hangpa lebih tau dari aku. Barangkali kita dah lali dgn fakta ini, macamlah bahan2 kimia dlm rokok cuma "acah aje".

Mahukah hangpa melihat anak hangpa merokok? Bagaimana kita nak suruh anak2 kita jgn merokok sedangkan kita sendiri yg merokok? Melainkan itu yg kita mahu... "Wah anak aku pandai, kecik2 dah reti merokok. Bangga, bangga."

Membazir duit. Selalu dengar keluhan kawan2 harga rokok naik, terpaksa cari alternatif lain (bukan alternatif berhenti merokok yer kawan2, tapi jenama yg lebih murah seperti Gudang Garam ataupun rokok daun)... tapi tetap merokok juga. Kan baik kalau dapat jimat dgn berhenti merokok, boleh belanja aku makan. Heh!

Banyak lagi alasan utk hangpa berhenti rokok, kalau alasan yg utama di atas tidak dapat memujuk hangpa dari berhenti, tiada apa boleh dilakukan kecuali berhenti atas kerelaan / kesedaran sendiri.

Berikut merupakan senario merokok di Malaysia yg dipetik dari Kementerian Kesihatan:


  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.

  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.

  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).

  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.


  • Apakah fakta2 ini relevan bagi hangpa? Bagi aku semuanya tak relevan kalau kita masih mengabaikan bahayanya rokok terhadap masyarakat.


    Katakan Tak Nak!

    Sekali lagi aku jelaskan: Aku bukan aktivis anti-rokok.


    Friday, July 3, 2009

    Yong Tau Foo

    Dua hari yg lalu, saya pergi ke tempat pelanggan dan sesudah kerja disiapkan, saya pun bertolak balik ke pejabat. Tengok jam tangan, dah hampir waktu makan tengah hari… “Nak makan kat mana ek?” Soalan ini berpusing-pusing dalam kepala, masih tak pasti nak makan kat mana. Pusing punya pusing, berlalu pula dekat pasaraya Giant Bayan Baru, “Ah-hah, tempat ber-aircond dan parking percuma. Jom!”

    Pasaraya Besar Giant Bayan Baru
    Gambar dipetik dari Les Chang at Panoramio

    Naik ke tingkat satu, terletaknya medan selera yg menyediakan berbagai pilihan makanan seperti Nasi Ayam, Mee Hotplate / Claypot, Nasi / Mee Goreng dan sebagainya, tapi kedai Yong Tau Foo menarik perhatian saya, “Dah lama tak makan Yong Tau Foo, boleh try ni”.

    Yong Tau Foo @ Giant Bayan Baru

    Maka beraturlah saya menunggu giliran, maklumlah lunch time ni ramai orang. Melihat sekeliling medan selera, hampir kesemua meja telah diduduki pelanggan... bungkus aje lah, boleh buat rakan sekerja jealous pulak pada masa yg sama, ahaks.

    Beraneka pilihan Yong Tau Foo

    Bermacam-macam pilihan Yong Tau Foo di kedai ni: fucuk goreng, fucuk berisi ikan, wantan goreng, bebola/jejari ikan, sosej, jejari ketam, cendawan, sayur-sayuran dan dumpling... hei, “siew mai” pun ada! 7 bahan saya pilih dan sekali dengan Kuey Teow serta sup Tomyam, semuanya RM7.00. Pelanggan akan ditanya apa jenis sup yg dimahukan, antaranya sup ayam, kari, tomyam dan satu lagi dah lupa (rasa2nya sos pekat kot). Saya pilih tomyam dan rupa-rupanya sup tomyam = sup ayam + bes tomyam. Haha, cepat dan mudah... kalian jangan tengok supnya nampak jernih, rasa tomyamnya cukup meletup owh!

    Tomyam Yong Tau Foo - My Lunch!
    Ta-da... Tomyam Yong Tau Foo! Nampak sedap kan?

    Yong Tau Foo

    Yong Tau Foo (釀豆腐) bermaksud “Tauhu Berinti”, merupakan makanan Hakka dimana tauhu dipotong dan disumbat dengan isi ikan yg dikisar, lebih kurang seperti Tauhu Sumbat, cuma bahan intinya berlainan. Selain daripada tauhu, cili, bendi, terung dan peria turut merupakan bahan yg lazim disumbat isi ikan atau ayam dalam Yong Tau Foo.

    Yong Tau Foo
    Gambar dipetik dari Flickr maes2rah

    Yong Tau Foo dalam masyarakat Cina berlainan dengan yg terdapat dalam masyarakat Melayu, sebab utamanya agak jelas: daging yg digunakan. Oleh itu menu bagi pengusaha Yong Tau Foo Melayu agak terbatas, tetapi ianya unik dari segi sos pekat yg dicicah Yong Tau Foo - tidak terdapat dlm menu Yong Tau Foo masyarakat Cina.

    Inilah keindahan masyarakat majmuk, kita saling tukar-tukar resipi dan ubahsuai supaya bersesuaian dengan citarasa / tuntutan agama.

    Mnunggu Kelahiran Cahayamataku Yg Pertama...............

    hari ni dh 36mingu isteriku mengandung............doktor bg due date 19.0ct.2011,so lg berapa mingu je lg aku dh nk jd DADDY.........xsbr ra...