Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira...

Lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina merupakan lagu raya kegemaran aku dari dulu. Begitu juga beberapa lagu klasik yg lain: Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Balik Kampung (Allahyarham Sudirman), Satu Hati Di Hari Raya (M. Nasir), Kupohon Restu Ayah Bonda (Mamat Exist), Aidilfitri (Sanisah Huri)... memang terasa suasana hari raya dgn adanya lagu2 raya ni.
Sesudah sebulan berpuasa, kini Syawal bakal menjelma dan kita akan rayakan Aidilfitri esok hari, insya'Allah. Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimah yg menyambut Hari Raya Aidilfitri. Andai ada yg tersilap kata, tersalah tulisan, atau perbuatan yg menyinggung perasaan, Kupohon Maaf dari korang.
Oh, tak lupa juga kawan2 non Muslim, Selamat Bercuti yer.
Bagi yg travel, tak kiralah balik kampung ke, melawat saudara-mara ke, pulang ke tempat kerja ke, berhati-hatilah semasa memandu dan berehatlah di pusat R&R utk menyegarkan diri. Okeylah tak nak meleter kat sini, lagipun pesanan sebegini kan banyak kat tivi hehe.
Tahun ini seperti biasa aku akan beraya kat Penang dan balik Taiping sebelah petang, tak lah sesak sgt kat highway huhuhu. Cuti raya singkat jer, raya ke lima dah start kerja balik... nak simpan cuti utk Chinese New Year nanti ngeh3... bukan apa, CNY mmg meriah sket bg keluarga aku berbanding Hari Raya Aidilfitri.
OK last sekali enjoylah nikmat Aidilfitri tapi jgn sampai lupa dunia pula... kang sakit perut dek makan kuih raya bebanyak kang, siapa susah? Heheh. Opsss, baru jer meminta maaf aku buat lagi. Harap Maaf...
Salam Aidilfitri dari,
Haris Danial
Gambar dipetik dari Flickr didaijau